Want your
own Fotopage?






 
Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan
ASFON
By: Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 16-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mesyuarat Agong ASFONWP 2005

 
 
 
 
 
 
Mesyuarat Agong Tahunan ASFONWP 2005 telah diadakan dengan jayanya di Balai Seni Lukis Negara siang tadi. 5 muka baru telah dilantik bagi memantapkan lagi perjuangan ASFONWP. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga bolehlah menghubungi Setiausaha ASFONWP yang baru di talian 017-8858622.

uiks, dah July dah mana updatenyer? Sun 17-Jul-2005 11:15
Posted by:the Other Ted...  - [Link]
kepada sesiapa yang berkenaan,
bOLEH KE SAYA TAHU BILA KURSUS BERKAITAN DENGAN FOTOGRAFI INI AKAN DIADAKAN..sebab saya berminat untuk menyertainya....khususnya berkaitan dengan teknik mengambil gambar dengan betul...
boleh sesiapa hubungi saya jika ada kursus tersebut
sekian....
Fri 7-Apr-2006 08:19
Posted by:SAHRUDDIN sahruddin@kppk.gov.my
kenapa lama fp ni x diupdate? Dah lama x join u all sejak i ada anak kecik ni. mesyuarat yg lepas2 pun x dpt nak attend Wed 6-Feb-2008 02:39
Posted by:mummy_izz  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 4-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lokasi Bencana Tsunami (samb)

 
 
 
 
 
 
View all 9 photos...
Kami sempat melawat Masjid Sarang Burung dan kapal janakuasa yang terkandas 5 kilometer dari pantai. Misi kami diakhiri dengan perjalanan pulang ke Medan sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Terdapat juga cadangan untuk melaksanakan projek kedua seumpama ini di masa akan datang. Sekian sahaja laporan Misi Kemanusiaan ASFOWP ke Aceh.

bagus sungguh versatile kelab ini! Mon 11-Apr-2005 00:44
Posted by:Rafi rafi@streamyx.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 3-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lokasi Bencana Tsunami (samb)

 
 
 
View all 8 photos...
Terdapat juga kisah-kisah yang menunjukkan kebesaran Allah swt yang menceritakan sekumpulan anak-anak kecil yang terselamat ketika membaca surah Yasin. Banyak kubur kelihatan di merata tempat dan kerja-kerja pembangunan semula yang sedang giat dilaksanakan.

Care to comment?


Saturday, 2-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lokasi Bencana Tsunami

 
 
 
View all 8 photos...
Kami dibawa hampir keseluruh pelosok Banda Aceh bagi melihat sendiri kesan-kesan yang ditinggalkan akibat bencana tsunami. Keadaan di sana umpama padang jarak padang terkukur. Di samping itu, kami sempat menemuramah beberapa orang penduduk yang terselamat yangmenceritakan sendiri pengalaman mereka dihanyutkan ombak besar.

Care to comment?


Friday, 1-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Khidmat Masyarakat di Banda Aceh (samb)

 
 
 
View all 8 photos...
Kami juga berpeluang menziarahi rumah anak yatim perempuan Darul Aitam. Selain memberikan kata-kata perangsang kepada mereka, kami juga mendapatkan maklumat mengenai keperluan mereka bagi disampaikan kepada penderma-penderma di Malaysia. Kami bersolat jumaat di Masjid Baiturrahman dan saya sendiri sempat bertemuramah dengan Imam masjid tersebut.

Care to comment?


Thursday, 31-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Khidmat Masyarakat di Banda Aceh

 
 
 
View all 8 photos...
Di Banda Aceh, kami memulakan program dengan melawat mangsa tsunami yang telah kehilangan ahli keluarga. Kami juga menyampaikan bantuan wang kepada Posko Komite Kemanusiaan Aceh iaitu sekretariat yang menguruskan kebajikan anak-anak yatim dan beberapa buah masjid di sana. Kami juga sempat melawat Masjid Taman Dianjung yang terletak di lokasi terburuk bencana dan meluangkan masa menghulurkan sumbangan kepada jawatankuasa masjid.

Care to comment?


Wednesday, 30-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan ke Banda Aceh

 
 
 
View all 8 photos...
Misi ke Meulaboh terpaksa dibatalkan kerana terputus perhubungan darat dan misi terpaksa dialihkan ke Banda Aceh di mana sumbangan-sumbangan yang dibawa dari Malaysia akan disalurkan. Perjalanan mengambil masa 14 jam iaitu ke bandar yang terletak terutara pulau Sumatera. Di dalam perjalanan, kenderaan yang kami naiki terbabas dan terhumban ke dalam parit akibat jalan licin. Tiada kecederaan dilaporkan.

Care to comment?


Tuesday, 29-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan ke Meulaboh (samb)

 
 
 
View all 9 photos...
Keadaan jalan bertambah buruk dengan kelihatannya jalan yang runtuh dan beberapa rumah yang retak dan runtuh dan satu gegaran kecil dirasakan ketika kami bersarapan pagi. Namun perjalan diteruskan dan kami melalui 'kawasan hitam' yang sering diganggu oleh tentera GAM (Gerakan Aceh Merdeka). Di pertengahan jalan, kami diberitakan bahawa sebuah jambatan di hadapan telah roboh dan jalan ke Meulaboh telah terputus sama sekali dan kami terpaksa berpatah balik ke Medan.

Care to comment?


Monday, 28-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan ke Meulaboh

 
 
 
View all 8 photos...
Perjalanan dari Medan ke Meulaboh iaitu di pantai barat akan mengambil masa selama 16 jam dan jalan yang dilalui juga berkeadaan yang tidak baik. Di pertengahan jalan, gempa bumi berlaku seperti yang juga dialamai di Malaysia. Perjalanan tergendala kerana tanah runtuh dan terpaksa melalui jalan hutan yang memakan masa tambahan 4 jam. Jalanraya dan juga bangunan serta rumah kelihatan retak dan pecah.

Care to comment?


Sunday, 27-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Misi Kemanusiaan ASFON Wilayah Persekutuan ke Wilayah Acheh

 
 
 
View all 6 photos...
Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan dengan kerjasama beberapa NGO dari Malaysia dan Indonesia telah menyertai Misi Kemanusiaan ke wilayah Aceh pada 27 Mac hingga 4 April. Sukarelawan ASFONWP adalah terdiri dari Mohd Suhairi Mat Johor (Setiausaha ASFONWP) dan Mohd Raslan Mat Rahim (AJK) dan misi ini bertujuan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk-penduduk Meulaboh yang merupakan mangsa bencana Tsunami.

Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.